Thursday, March 3, 2011

Sultan Abdul Hamid II: Dari Istana Yildiz ke Pembuangan di Salonika



ikincihamid1.jpg

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)

"Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik?"�, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

"Kenapa?"�, cikgu bertanya balik kepada saya.

"Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit", saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

"Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku"�, cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.

Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.

Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini?

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

"Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali"�, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

"Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku"�, begitulah surat Mutsuhito kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

"Jangan emosi sangat"�, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

"Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu"�, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.

Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa

.yildiz.jpg

Istana Yildiz

"Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar"�, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.

"Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa"�, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.

Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.

Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

"Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini?"�, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.

Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yildiz. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

"Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul"�, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

diariabdulhamid.jpg

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

"Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?"�, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

"Ummah telah memecat kamu"�, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

"Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?"�, baginda berfikir.

titah.gif

"Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?"�, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

"Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?"�, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

"Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu"�, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.

"Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami"�, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

"Bawa adik-adik kamu ke dalam"�, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

"Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka"�, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"�, azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.

Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.

Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

sirkeci.jpg

Stesyen Keretapi Sirkeci

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

"Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan"�, kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

"Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua"�, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

"Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini"�, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

"Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal", doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

"Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini", seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

"Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini"�, saya berdiri sepi di dinding makam.

Akhirnya, petang itu saya coretkan kenangan melalui sebuah nasyid yang saya cipta di sisi makam Sultan Abdul Hamid:

catatandibumikhilafah.jpg

Sebuah taman bernama Daulah
Retak seribu oleh kesombongan bangsa
Seorang khalifah yang gigih memerintah
Mengekang rekah dari terbelah
Bagai terdengar bisikan di pusaramu
"Ya Muslimi al-Aalam, Ittahidu!"�
(Wahai Muslimin sekalian alam, bersatulah kamu)

Di sisi persemadianmu
Kuterkenang semalam
Hari-hari indah bahagia
Islam pernah gemilang

Tiada penderitaan
Keimanan pun dirasa
Islam yang gagah bertakhta
Rahmat alam semesta

Langit tidak akan cerah selamanya
Mendung datang bersama gerimis kedukaan
Rebahlah ummah bersama catatan sejarah yang hitam
Kekallah dunia dalam hina selamanya

Bumi Turki menyaksikan pengkhiatan agama
Mahkota negara jatuh gugur berkecai tidak tersisa
Lemaslah ummah dalam pelukan kemajuan yang berdusta
Islam dan al-Quran diperhina terpenjara

Seorang iblis yang durjana
Bertopengkan manusia
Membutakan mata rakyatnya
Dengan janji dunia

Bagai tak punya agama
Hidup membina harta
'Islam Baru' yang dicipta
Jauh dari Tuhannya

Manusia yang mulia di bumi yang bahagia
Kau hancurkan sejarah warisan perjuangan mereka
Namun lupakah engkau Islam itu di tangan Tuhannya
Langit tidak akan mendung selamanya

Bumi Turki menyaksikan kebangkitan kali kedua
Menjejaki perjalanan hari-hari semalam yang dilupa
Bersemadilah kau dalam kemurkaan Tuhan yang Esa
Islam akan dikembalikan ke takhtanya

Lagu / Lirik / Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Dunia Ini (1996)

"Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku"�, Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

"Hamba di sini Tuanku"�, saya menadah tangan memohon taufik dari-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
15 Oktober 2006 / 22 Ramadhan 1427

__._,_.___

Kisah Sultan Abdul Hameed II Pemimpin Khilafah Islam Terakhir.



"PhotobucketKisah Sultan Abdul Hameed II Pemimpin Khilafah Islam Terakhir.

Sejarah Islam yang kita patut tahu.

Antara lain tanda kejayaan Islam di benua Eropah ialah dengan berkembangnya wilayah kedaulatan Khilafah Othmaniah Turki. Selama berabad-abad, kerajaan Islam tersebut berjaya memantapkan pengaruhnya di Eropah Timur, Balkan, dan Mediterranean.

Namun begitu selepas berabad-abad, pengaruh itu beransur pudar. Menjelang masa-masa kejatuhannya, muncul pemimpin Khilafah Othmaniah iaitu Sultan Abdul Hamid II. Dengan segala kuasa yang ada, ia cuba untuk terus mempertahankan pemerintahan Islam di wilayah-wilayah kekuasaannya dari bahaya yang semakin mengancam, khasnya dari kekuatan Barat dan Yahudi.

Kelahiran Khalifah

Photobucket

Sultan Abdul Hamid II dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama lengkapnya adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan dan merupakan anak kedua Sultan Abdul Majid I (dari isteri keduanya).

Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hamid sejak muda, sudah boleh berbahasa Turki, Arab, dan Parsi di samping mengetahui bahasa Perancis. Dia juga gemar mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi.

Sewaktu orang tuanya, Sultan Abdul Majid meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz telah diangkat menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak terlalu lama memegang jawatan Khalifah. Dia dipaksa berhenti dari jawatannya dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Othmaniah.

Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, namun dia pun disingkirkan dalam masa yang singkat kerana dianggap tidak layak. Pada tarikh 31 Ogos 1876, Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah menggantikan saudaranya, Murad V.

Umat memberikan baiat dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia telah berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hingga tahun terakhir memerintah pada 1909, dia tinggal di Istana Yildiz. Abdul Hamid menyedari, seperti yang diungkap dalam catatan hariannya, tentang pembunuhan bapa saudaranya dan pergantian kepimpinan yang selalu disebabkan adanya konspirasi menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).

Para sejarawan mengkaji secara mendalam tentang perwatakan Abdul Hamid. Menurut mereka, Abdul Hamid mewarisi jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting.

Dia juga menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan konspirasi, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang terus terjadi.

Diperalat oleh orang kepercayaannya sendiri.
Cubaan pertama yang dihadapi Abdul Hamid adalah Midhat Pasha (1822-1885). Ada dakwaan bahawa Midhat berasal dari kaum Yahudi Dunnama.

Midhat Pasha terlibat secara rahsia dalam usaha penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hamid melantik Midhat Pasha sebagai ketua Majlis Menteri-Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu.

Abdul Hamid memerlukan jaminan untuk pemerintahannya stabil. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi keras kepala. Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas disingkirkan, ia meninggal dunia. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan telah dicapai.

Pasukan Khilafah Usmaniah membuat persiapan untuk menjadi pasukan ketiga terkuat di dunia dengan kekuatan tentera darat mencapai 700,000 orang. Sultan Abdul Aziz juga melawat Mesir, Perancis, Inggeris, dan Jerman.

Tujuan lawatan itu ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia. Tujuan lain adalah untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang Rusia.

Tidak lama kemudian, Inggeris mencadangkan diadakan pertemuan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan 'perdamaian' di Balkan. Perjanjian pertemuan akhirnya memaksa Khilafah Usmaniah untuk melaksanakan beberapa reformasi.

Maka, Midhat Pasha menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Termasuk di dalamnya pembentukan sebuah perlembagaan demokrasi dan undang-undang sekular.

Dikelilingi oleh negara-negara besar, undang-undang itu jelas bertentangan dengan Islam, yang jika dilaksanakan akan bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara-negara Eropah lain.

Abdul Hamid, para ulama serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah menolak memenuhi desakan negara-negara besar. Inggeris berusaha gigih untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. Untuk menghalang niat jahat ini, Abdul Hamid cuba mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari belenggu Midhat.

Midhat didakwa merancang pembunuhan Sultan Abdul Aziz. Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Usmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya.

Pada waktu itu Balkan yang merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan Daulah Islam Othmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan Austria. Abdul Hamid berusaha membangkitkan penduduk Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi ketika perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan lain dan mengenepikan Daulah Islam Usmaniah. Ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hamid menyedari bahawa persekongkolan untuk memusnahkan Negara Islam Usmaniah lebih besar daripada yang disangkakan.

Persekongkolan itu melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Dari dalam, adalah Panglima Pasukan Awni Pasha yang cuba mengheret Daulah Islam Usmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hamid. Abdul Hamid mengetahui jika terjadi peperangan, maka Rusia, Inggeris, Austria, Hungary, Serbia Montenegro, Itali, dan Perancis akan menyerang kerajaan Usmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas. Kejatuhan Daulah Islam Othmaniah tinggal menunggu waktu.

Photobucket
Istana Yildiz , Pusat Pemerintahan Kerajaan Othmaniah

Bersambung di isuhangat.net"

__._,_.___

Yutaka Tani..Agen Rahsia Jepun Perang Dunia Kedua!



Kedatangan Jepun ke Malaya yang ketika itu dikuasai British melalui pendaratan amfibia di Kota Bharu pada tanggal 8hb Disember 1941 daripada Saigon sangat mengejutkan pihak British. Pelan pendaratan mereka cukup teliti dan efisien. Meskipun diketahui bahawa British mempunyai kekuatan tentera yang agak lengkap di Malaya, ia bagaimanapun gagal menghalang Jepun untuk menguasai Malaya dalam masa yang cukup singkat. Perjalanan tentera Imperialis Jepun(IJA) untuk menguasai satu persatu negeri di Tanah Melayu sangat lancar. Miskipun pada ketika itu hujan lebat ekoran musim tengkujuh, ia langsung tidak memberi sebarang masalah kepada tentera-tentera Jepun.

Persoalannya sekarang, bagaimana tentera Jepun dapat mengetahui dengan baik selok-belok faktor geografi, logistik mahupun kekuatan British di Malaya sehingga berjaya menumpaskan tentera-tentera British dengan bergitu mudah?

Jawapannya cukup mudah, RISIKAN!

Perisik Jepun di Malaya

Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, populasi warga Jepun di Malaya tersangat ramai terutama di negeri-negeri pantai timur dan Singapura. Ramai antara mereka datang ke Malaya sebagai pedagang, peniaga, editor akhbar, diplomat dan tidak kurang juga terdapat sesetengah mereka bekerja sebagai pelacur-pelacur kelas atasan.

Pelancong-pelancong daripada Jepun direkodkan berbondong-bondong datang ke Asia Tenggara lama sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Pada masa itu, ia tidak langsung diragui oleh pihak penjajah seperti Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China, Amerika Syarikat di Filipina dan British di Malaya. Tugas intipan dijalankan oleh perisik mereka dengan cukup baik. Daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke maklumat yang paling sulit, semua dikumpulkan untuk memudahkan tugas tentera Imperialis Jepun kelak. Kebanyakan daripada mereka dilengkapkan dengan mesin Cipher(mesin kod rahsia) untuk berhubung bagi menghalang British memintas pesanan mereka.

Tatsuki Fuji

Beberapa nama seperti Tatsuki Fuji misalnya, telah melakukan tugasnya sebagai agen rahsia di Malaya dengan cukup licik. Mudahnya Jepun untuk menawan Malaya pada tahun 1941 adalah disebabkan oleh risikan agen Jepun ini.

Segala kekuatan British telah pun dikaji dan diselidik dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Tatsuki Fuji sebenarnya adalah seorang editor di Singapore Herald. Dalam masa yang sama, Fuji telah direkrut untuk mengintip setiap kemudahan dan kekuatan tentera British di Singapura dan Malaya. Profesion beliau sebagai wartawan memudahkan tugas rahsia beliau untuk mengintip dan membongkarkan rahsia sulit British.

Agen Jepun yang paling berjasa!

Namun, jasa Tatsuki Fuji tidak dapat mengalahkan jasa seorang agen Jepun yang pernah berada di Malaya lama sebelum Jepun melancarkan dasar imperialisme. Jepun perlu berterima kasih dengan agen yang digelar 'Harimau' ini. Beliau adalah Tani Yutaka.

Yutaka Tani ketika berumur belasan tahun.


Bersongkok dan bersamping

Tani Yutaka adalah agen Jepun yang pernah menetap di sebuah negeri di pantai timur iaitu Terengganu. Beliau berada di Terengganu lama sebelum perang dunia bermula. Malah, beliau dilahirkan di Hulu Terengganu pada tahun 1910.

Rumah Kedai keluarga Yutaka Tani di Hulu Terengganu.

Beliau bersama-sama ibubapanya mencari nafkah dengan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan. Bersama-sama bangsa cina, keluarga Tani Yutaka dianggap golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan situasi sebergitu.

Segak bersongkok dan bersamping.


Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua kelak.

Agen Fujiwara Kikan

Tani Yutaka berkhidmat secara rahsia dengan sebuah agensi risikan daripada Jepun iaitu Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan gelaran F Kikan. Beliau dikatakan mula dihubungi oleh F Kikan semasa usianya mencecah 19 tahun.

F Kikan ditubuhkan semasa permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 di Thailand. Ia diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi iaitu ketua unit risikan Tentera Imperialis Jepun battalion ke-15. F Kikan ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India, Indochina dan Malaya bagi bersekutu dengan Jepun. Di Malaya, F Kikan berjaya memujuk beberapa orang Sultan termasuk sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.

Major Fujiwara Iwaichi juga dikenali 'Lawrence of Arabia in Southeast Asia'.

F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun. F Kikan juga pernah menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang British di Malaya. Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan. KMM dan Giyuugan kemudian diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.

Gerakan Gerila dan sebotaj

Bergitu juga dengan Tani Yutaka, beliau diarahkan agensi F Kikan bagi melancarkan sabotaj dan perang gerila terhadap tentera British dan sekutunya. Kebanyakan yang sering menjadi mangsa serang berani Tani Yutaka dan pasukan gerilanya adalah tentera upahan British iaitu tentera Gurkha.

Dendam terhadap bangsa Cina

Ada sebuah kisah di mana Tani Yutaka bergitu benci kepada bangsa Cina. Ia disebabkan sebuah peristiwa yang menimpa adik perempuan apabila beberapa orang berketurunan Cina yang dipercayai kongsi gelap telah merogol dan membunuh adik perempuannya ekoran tersebarnya kisah-kisah kebrutalan Jepun terhadap bangsa Cina di Tanah Besar.

Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bersama-sama rakannya yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Tutaka telah membalas dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani oleh orang cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun tidak berhasil.

Adik perempuan Yutaka Tani(paling kanan) dirogol dan dibunuh membangkitkan kemarahannya kepada kaum Cina.

Malaria meragut nyawa

Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, Tani Yutaka telah dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan khas bagi imigran Jepun.


Legasi

Kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengenang jasa beliau semasa penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud 'Harimau Malaya'. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.

Filem Marai No Tora diterbitkan pada 1943 mengisahkan pejuangan Yutaka Tani di Malaya.


Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, 'Rasa Sayang'.

Koji Nakata melakonkan watak Yutaka Tani dalam filem Marai No Tora.

http://takusahrisau.wordpress.com/2011/02/19/yutaka-tani-agen-rahsia-jepun-perang-dunia-kedua/


Populasi Jepun di Malaya 100 tahun dulu... lebih tinggi dari orang India.. malah.. Jepun lebih Melayu dari Melayu.. klu x sebab perang.. dorang maybe jadi 2nd largest population than Malay in Malaysia and jadi lebih Melayu dari Melayu Urban


http://i1236.photobucket.com/albums/ff447/sirajuddinabbas/taniyutaka01.jpg

http://i1236.photobucket.com/albums/ff447/sirajuddinabbas/taniyutaka02.jpg

Dilahirkan di Terengganu in 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun... yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. dia suke berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu

http://i1236.photobucket.com/albums/ff447/sirajuddinabbas/taniyutaka03.png

http://i1236.photobucket.com/albums/ff447/sirajuddinabbas/taniyutaka04.jpg

user posted image


bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujun 1940'an.. rumah papan mcm rumah orang melayu lain

http://i1236.photobucket.com/albums/ff447/sirajuddinabbas/taniyutaka05.jpg

user posted image

user posted image


TRAGEDI OKTOBER

Sometime in 1930's...bile Jepun invaded Manchuria.. chinese revolted against japanese oversea... adik perempuannya (dua dari kanan) dirogol dan dibunuh oleh orang2 Cina di Terengganu

http://i1236.photobucket.com/albums/ff447/sirajuddinabbas/taniyutaka06.jpg

Ditambah lagi dendam... pelaku2 tersebut dibebaskan oleh mahkamah British....

Dari 1933.. Tani Yutaka mengganas di terengganu dan kelantan dengan merompak business2 cina dan British... yang bestnye.. ramai ahli kumpulan gangster yakuza ni terdiri oleh orang Melayu

Siape sangka budak Jepun muke baik sopan santun yg masuk Melayu ni jadi gangster yg amat ditakuti cine dan British pada tahun 1930's to 1940's

LAGENDA

Name dia tak dikenali disini.. tapi.. amat dihormati di Jepun.. sehinggakan.. dibuat filem khas untuknya pada tahun 1943 untuk mengenang semangat juangnye itu..



user posted image



Yang paling bestnyer pulak.. cerita Jepun ni, semua pelakunnye tentulah Jepun.. TAPI.. semua pakai baju Melayu... dah jadi mcm cerita P Ramlee plak macam

WORKS

Dia meneruskan kebrassballanya bersama2 geng2 nya dalam kerja2 sabotage British mase WWII.. then, tak lame lepas Jepun menawan Singapore.. dia mati akibat malaria di Johor

YAKUZA KONNECTION



"Yamada Gang" dalam cerita Young & Dangerous V... adalah name (Yamada & Co.) kedai bapanya di Terengganu..


Marai No Tora '' Tiger Of Malaya '' (1943)



Director : Koga Masato

Writer : Keizo Kimura


Cast :

Ryo Akaboshi : Farmer

Kotaro Horie : Hachio

Ko Kaibara : Slim

Yukichi Kamishiro : Wang

Keiju Kobayashi : Hassan

Misao Kokubu : Michie

Hatsuzo Nakasako : Ko

Koji Nakata : Yutaka Tani, Harimau

Shozo Nanbu : Yasuda

Seijiro Onda : Chang

Masao Ooi : Parc

Eiji Oshimoto : Fukuhara

Tokio Shimada : Li

Kazuo Sumita : Kanazawa

Kenjiro Uemura : Kamiya

Kumeko Urabe : Tomi

Ken Yamaguchi : Isogai

http://www.youtube.com/watch?v=LOTUFFQZ7OU

http://www.youtube.com/watch?v=hw17GPGqVB0


http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=524416&extra=&page=1

http://forum.lowyat.net/topic/1431952