Monday, January 31, 2011

Regim zalim Hosni Mubarah tumbang juga akhirnya

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "Ryuji Asada" <xfadzlyx@gmail.com>
Sender: xkawankux@googlegroups.com
Date: Sun, 30 Jan 2011 16:59:19 +0800
To: Ryuji Asada<xfadzlyx@gmail.com>
ReplyTo: xfadzlyx@gmail.com
Subject: [xkawankux] Regim zalim Hosni Mubarah akan tumbang juga akhirnya

Oleh KALAM REVOLUSI

Melihat demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir yang berazam kuat untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, shttp://schema-root.org/region/africa/north_africa/egypt/government/officials/hosni_mubarak/hosni_mubarak.jpgaya yakin revolusi Jasmin yang mula tercetus di Tunisia akan berjaya melebarkan sayapnya di Kaherah. Regim yang menindas selama 30 tahun itu akan berakhir tidak lama lagi percayalah, sama-samalah kita berdoa agar saudara seagama dan mereka yang tertindas akan dapat mengusir elit pemerintah kuku besi dan autoritarian itu.Apa yang berlaku kepada diktator Zine El Abidin Ben Ali akan berjangkit bukan ke negara-negara rantau Arab, malah mampu menggerakkan rakyat di negara-negara lain yang juga diperintah oleh pemimpin zalim.

Kita juga harus mengambil iktibar daripada situasi di Tunisia, Yemen dan Mesir itu agar perubahan yang positif dapat dimanfaatkan juga di negara ini. Malaysia juga amat perlukan perubahan segera. Negara kita mesti diselamatkan daripada kerakusan pemimpin zalim yang menghanguskan wang dan kekayaan rakyat.

Kalau isteri Ben Ali, Leila Trabelsi terkenal kerana ketamakannya dan pembeziran melampau, apa bezanya dengan pemimpin di negara kita. Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan apa yang terbaik untuk Malaysia ini.

 Semut menggulingkan gajah - blog family-marsis

Bahang iklim politik di Tunisia baru-baru ini kian membakar. Kes penggulingan kerajaan di Tunisia telahpun menjadi peristiwa pembuka tirai tahun baru 2011 apabila Kerajaan Tunisia digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat. Sememangnya peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa revolusi yang berlaku kini. Seperti mana peristiwa penggulingan Ferdinand Marcos di Filipina, Juan Peron di Argentina, Jeneral Chun Doo Hwan di Korea Selatan dan juga Shah Reza Pahlevi di Iran, Zeine El Abidin Ben Ali juga turut digulingkan melalui gelombang kebangkitan rakyat.

Kisah pengulingan di Tunisia ini bermula seorang pemuda berusia 26 tahun yang berdagang sayur dan buah-buahan membakar dirinya apabila pihak polis bertindak ganas merampas barang dagangannya pada 17 Disember 2010. Peristiwa itu telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di Tunis untuk keluar daripada cengkaman pemerintahan yang zalim dan mengamalkan korupsi. Nama Mohamed Bouazizi memang tidak dapat dilupakan oleh keluarga Ben Ali kerana telah menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh Ben Ali selama 23 tahun ini.

Gerakan yang bermula akibat daripada insiden pembakaran Mohamed Bouazizi ini telah menggerakkan satu gerakan demonstrasi besar-besaran. Demonstrasi ini bermula daripada daerah Sidi bouzid yang terletak kira-kira 265 Kilometer daripada ibukota Tunis. Golongan reformis pada mulanya mengkritik keadaan ekonomi dibawah pemerintahan Ben Ali agak teruk dan kadar pengangguran yang tinggi di Negara tersebut.  Gerakan anti-kerajaan telahpun merebak ke beberapa daerah seperti merebaknya jangkitan virus pada komputer.

Pemerintahan yang zalim di bawah Zeine El Abidin Ben Ali dilakukan sejak mulanya rampasan kuasa terhadap Habib Bourquiba. Kudeta tidak berdarah itu menyaksikan Zeine El Abidin Ben Ali menjatuhkan Habib Bourquiba dengan alasan Habib Bourquiba mempunyai masalah kesihatan dan perlembagaan yang mengantinya sebagai presiden Tunisia yang kedua.

Pencabulan hak asasi oleh pemerintah merancakkan lagi peristiwa tunjuk perasaan ini. Kebebasan bersuara rakyat disekat apabila beberapa orang blogger ditahan akibat daripada menyebarkan risalah anti-pemerintah di internet. Laporan menyatakan bahawa lebih kurang enam orang blogger telah ditahan dan kemudiannya dibebaskan. Ada yang menyatakan bahawa rusuhan ini dirancakkan lagi oleh laman sosial seperti facebook dan twitter. Gambar polis yang melakukan penyalahgunaan kuasa disebar luas di laman facebook.

Pemerintahan yang mengamalkan korupsi ini telahpun menjatuhkan ekonomi di Negara pengeluar kurma terbesar dunia ini. Hal inilah yang menyebabkan kepada kejatuhan ekonomi Negara terbabit dan hasilnya mengakibatkan kepada kadar penganguran yang tinggi. Menurut laporan daripada Al Jazeera, kadar pengangguran yang berlaku di Tunisia ini melebihi 30 peratus. Dengan kuasa membeli yang berkurangan, ditekan lagi dengan harga barangan yang melonjak naik mengakibatkan kekecewaan rakyat. Kekecewaan inilah mencetuskan semangat ingin berubah oleh golongan penunjuk perasaan.

Laporan daripada wikileaks juga ada melaporkan bahawa keluarga Ben Ali pernah menerbangkan Yogurt dari St Tropez menggunakan pesawat peribadi beliau kerana ingin meraikan sebuah parti. Isterinya, Leila Ben Ali sering ke luar Negara terutamanya Dubai untuk membeli belah dan dicop sebagai Imelda Ali di negara Arab oleh rakyat Tunisia. Pembaziran yang dilakukan oleh keluarga Ben Ali ini membuatkan rakyat jijik dengan apa yang dilakukan oleh keluarga Ben Ali. Tidak hairan lah kalau ada yang menyatakan revolusi Jasmine/Melati ini sebagai revolusi wikileaks atau media sosial.

Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anaknya yang kini menetap di hotel mewah di Disneyland tetapi kapal terbang yang membawa Presiden Ben Ali itu tidak dibenarkan mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Kesannya, Presiden Ben Ali ke Jeddah, Arab Saudi. Kerana kerajaan Arab Saudi memberikan suaka politik kepada Presiden Ben Ali.

Sejarah terkadangnya bermula daripada perkara yang remeh-temeh. Penulis yakin bahawa Mohamed Bouazizi tidak pernah merancang revolusi bagi menjatuhkan presidennya sendiri. Dia mungkin mengiginkan kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan keluarga. Namun, apa yang beliau lakukan telahpun mengubah wajah orang disekelilingnya, corak pemerintahan negaranya dan sekali gus melakar sejarah dalam peristiwa revolusi dunia. Perbuatan yang kecil telahpun mengakibatkan impak yang besar. Mohamed Bouazizi bermula sebagai Mahasiswa menganggur dan menjual sayur bagi menyara hidupnya akhirnya dapat menumbangkan pemerintahan yang kejam dan zalim. 

 

 

http://millatfacebook.com/Ryuji_Asada/

**if you receive this mail as a junk mail, move it to your inbox for viewing attachment**

Merenung Pejuan Islam Yang Masih Gagal

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: joko lungo <jokolungo3@yahoo.co.uk>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Sun, 30 Jan 2011 15:03:41 +0000 (GMT)
To: <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Merenung Pejuan Islam Yang Masih Gagal

 

assalamualaikum warahmatullah.

bila kita menilai, janganlah gunakan contoh yang terburuk.  kita pun tak nak orang menilai diri kita dengan bersandarkan pada sikap kita yang paling buruk.

tuduhan ahli politik parti islam mementingkan diri sendiri  memang tak masuk akal, sebab memang tak de buktie. malah tak de pun diantara ahli  politik yang saya kenal dan memegang prinsip islam dalam hidupnya menjadi kaya raya kerana politik.

kalau pun ada NGO atau pehak persendirian yang mengexploitasi  ISLAM untuk kepentingan diri sendiri, saya yakin jumlahnya amat kecil sekali, hatta kalau kita bandingkan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ahli ahli SIM sendiri.

lagi satu.. sila beri bukti "yang dulu haram kini halal?" 

jangan lah biasa dengan menyatakan sesuatu tanpa  memahami dan tanpa ada bukti yang sah..

bagi saya, walaupun belum nampak kejayaan pejuang islam dalam menegakkan islam sepenuhnya di malaysiam, mereka telah berjaya membawa/menggalakan kita semua beramal dengan amalan islam, mereka juga banyak memimpin kita kearah memahami islam. cumanya  kat mana kita? adakah kita mahu kepda islam ini, atau kita enggan.

kalau diantara mereka telah bejaya berpaut pada islam, mendidik anak anak mereka melalui sistem pendidikan islam hingga anak anak mereka menjadi ahli professional yang bersama memperjuangkan islam sejak awal 90 han lagi,,


dimana pula kita?

kalau kita tak contohi mereka, kenapa? adakah mereka tak pernah mengajak, atau kita tak pernah baca risalah mereka, atau  kita sendiri yang enggan.

satu ujian yang amat mudah..  berapa banyakkan yang kita faham dan dah membuat sumbangan kepada palestine melalui Aqsa sharif, islamic relief, dan lain lain NGO yang membantu palestine?  kalau tak de siasat lah diri sendiri.

I don't know what the key to success is, but the key to failure is trying to please everyone.
I'm not perfect, i make mistakes, hurt people, but when i say sorry.I mean it.



--- On Sat, 1/29/11, khairul anuar abd rahman <khairul.kleemann@gmail.com> wrote:

From: khairul anuar abd rahman <khairul.kleemann@gmail.com>
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Merenung Pejuan Islam Yang Masih Gagal
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Saturday, January 29, 2011, 1:05 PM

 

Ramai antara kita berjuang atas nama Islam dgn mengunakan berbagai platfom. ada NGO ada parti politk. tetapi berapa ramaikah yg ikhlas berjuang demi Islam. mengaku berjuang demi agama dlm platfom politik tetapi lebih pentingkan kedudukan dan menghalalkan, berjuang atas nama NGo lebih banyak yg mengambil kesempatan. Ada menggunakan sekolah tahfiz utk poket sendiri dgn menggunakan anak2 kecil mengutip derma atas nama kononya latihan keusahawanan ,pada hakikatnya anak2 kecil itu dibiarkan membesar tanpa amanah yg diberikan. ceteknya berpandangan begitu membiarkan mereka membesar tanpa arah tujuan yg sebenarnya
cara demi merebut kuasa. yg dulunya haram kini di halalkan.ayat Quran ditafsirkan berbeza beza mengikut keperluan semasa. dulu berjuang menentang isu arak dan judi tetapi bila berkuasa mereka pula yg mengeluarkan lesen judi dan arak kononya sekarang dibolehkan utk mereka yg beragama lain. Apakah hukumnya mereka yg meluluskan lesen tersebut.? dan mereka yg menyokong kelulusan arak dan judi tersebut? apa bezanya dgn mereka yg juga melaungkan slogan negara Islam tetapi dlm masa yg sama mengeluarkan juga lesen tempat maksiat, judi dan arak.
Ikhlaskan kita berjuang demi Islam atau hanya sekadar retorik utk menarik perhatian masyarakat menyokong kita. Sebenarnya segalanya bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negeri dan negara..jika diri sendiri hanya pandai mengata itu betul ini tak betul ..tp hakikatnya kita di persimpangan mana ?..sudah berkuasa tegakkan.. jgn kita berikan 1001 alasan lain bg mengelakkan kita dipersalahkan..pada hakikatnya kita hanya pandai berkata-kata tetapi perlaksanaannya jauh sekali..biar apa pendapat kita ,biar apa pandangan kita..hakikatnya kita sendiri adalah cermin pada setiap perbuatan kita utk generasi akan datang..marilah kita sesama kita membetulkan kekurangan yg ada sebelum kita membetulkan kekurangan orang lain..
- mungkin ada yg setuju dan tidak dgn pandangan ini..tetapi hakikatnya kita semuanya ada pandangan masing2. penilaian kita membuat pandangan adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman masng2. hanya Allah jua yg Maha mengetahui niat seseorang. Allah Huakbar!


__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

PEMBELA - Beberapa catatan dan pembetulan fakta

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: rahim osman <rahim.osman53@gmail.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Mon, 31 Jan 2011 01:25:06 +0800
To: <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: Re: [sim] PEMBERITAHUAN : PEMBELA - Beberapa catatan dan pembetulan fakta

 

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih sdr Azril diatas catatan dan pembetulan fakta sdr mengenai PEMBELA.

Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia diakhir-akhir memerlukan sebuah gabungan NGO yang tidak memihak kepada mana-mana parti untuk bersuara untuk kepentingan ummah. Beberapa tindakan dan tegoran yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin  bukan Islam terhadap perlaksanaan syariat Islam diakhir-akhir ini contohnya di Selangor perlu diperbetulkan dengan segera.



Saya juga amat bersetuju peranan PEMBELA dikembalikan secara aktif dalam perjuangan mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan.

Saya juga amat bersetuju bahawa kita memerlukan satu badan yang tidak didalangi dengan sebarang kepentingan politik kepartian untuk memberi kesedaran terhadap ancaman dan bahaya yang sengaja disebarkan yang boleh merosakkan aqidah Islam melalui ajaran liberalisme, pluralisme, sekularisme dan literalisme agama oleh individu tertentu.

2011/1/26 Azril Mohd Amin <azrilmohdamin@gmail.com>
 

PEMBELA: Beberapa catatan dan pembetulan fakta

 

Saya merasa terpanggil untuk menulis beberapa aspek tentang sejarah penubuhan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai respons terhadap beberapa tanggapan sinis terhadap gagasan tersebut. Sangat memeranjatkan apabila tanggapan sedemikian rupa datangnya daripada mereka yang mengaku sebagai aktivis gerakan Islam, dan membiarkan sikap taksub pada politik kepartian mereka menafikan peranan PEMBELA sebagai rangkaian perjuangan umat Islam di Malaysia serta gagasan murni yang melangkaui sebarang kepentingan politik kepartaian demi mempertahankan kesejahteraan aqidah umat Islam.

 

Jelas kedapatan beberapa kenyataan yang tidak bersifat objektif serta emosional terhadap tulisan Hj. Zainur Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di dalam akhbar Berita Harian (Isnin, 24 Januari 2011) tentang keperluan untuk mewujudkan semula PEMBELA sebagai rangkaian alternatif NGO Islam dalam memperjuangkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai salah seorang pimpinan kanan ABIM pada ketika itu, yang turut terlibat merencana serta mewujudkan PEMBELA bersama-sama dengan Yusri Mohamad, Presiden ABIM ketika itu, Hj. Zainur Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia ketika itu, dan ramai lagi rakan-rakan pimpinan NGO Islam lain, saya fikir elok sekiranya saya merakamkan beberapa fakta berkenaan PEMBELA dan mengapa kita perlu bersungguh-sungguh merealisasikan semula peranan PEMBELA di dalam menghadapi situasi ancaman terhadap aqidah umat Islam yang semakin getir akhir-akhir ini.

 

Tulisan ini berdasarkan maklumat yang dibincangkan secara panjang lebar di mesyuarat khas Peguam-peguam Muslim Malaysia dan Organisasi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan (NGO) pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Damansara. Fakta-fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan pada kupasan kes Murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang di hadapan peguam-peguam Muslim Malaysia dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat tersebut, serta berdasarkan pada kupasan kes yang telah dibentang dan dibincangkan bersama rakan-rakan peguam Muslim di sepanjang berlangsungnya kes perbicaraan Azlina Jailani tersebut.

 

LATAR BELAKANG YANG MEMBAWA PADA PENUBUHAN PEMBELA

 

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang menyediakan definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi istilah "Melayu" serta skop yang mencakupi istilah tersebut. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia. Dalam menafsirkan istilah tersebut, seseorang diiktiraf sebagai seorang "Melayu" apabila memenuhi tiga ciri penting yang telah dipersetujui di dalam mendefinisikan perkataan Melayu, iaitu; Bercakap Melayu, Beramal dengan budaya Melayu dan seorang yang penganut agama Islam. Pada hakikatnya Islam dan Melayu mengikut definisi Perlembagaan Persekutuan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

 

Aspek ini mempunyai kedudukan yang sangat jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam dan perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

 

 

 

AZLINA JAILANI @ LINA JOY SEBAGAI PENCETUS GERAKAN PENUBUHAN PEMBELA

 

Kes yang melibatkan seorang wanita Melayu bernama Azlina Jailani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu. Beliau berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 40- an dan telah mendakwa tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

 

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

 

Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Permohonan sejak tahun 2000 untuk memadamkan perkataan "Islam" di dalam kad pengenalan beliau tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.

 

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Penukaran Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

 

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semua peringkat Mahkamah mengiktiraf bahawa kes tersebut adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah. Setelah semua permohonan tidak berjaya, kes di rayu ke Mahkamah Persekutuan oleh barisan peguambela Lina Joy.

 

Kes telah didengar oleh tiga orang Hakim (2 Muslim dan 1 bukan Islam) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, sehinggalah Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta keizinan Mahkamah untuk memberi hujah dan bersuara, dan dibenarkan oleh Hakim yang terlibat.

 
Detik tersebut adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah. 

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah tetapi mengemukakan hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

 

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO  bukan Muslim atas nama kumpulan Artikel 11 dan berada di belakang rencana jahat penggagasan Inter-Faith Commission (IFC) adalah untuk menafsirkan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

 

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia percubaan yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menafsirkan istilah tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

IMPLIKASI DARI TAFSIRAN "INDIVIDU"

 

  • Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan;

 

  • Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengawalselia;

 

  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevant. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi "bukan Islam" pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan;

 

  • Semua badan-badan Islam tidak relevan lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

 

  • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng dan simbol agama. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam;

 

  • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak sah disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Solat, Zakat, Haji dan aspek lain yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

 

MENGAPA KES LINA JOY?

 

Mereka yang berselindung di sebalik kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang dilihat lemah dan dirasakan tidak ada keupayaan untuk mempertahankan Islam. Tindakan pihak-pihak tersebut telah menyalahgunakan saluran mahkamah sivil untuk menafikan kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan 14 perkara yang menjadi asas pada desakan menubuhkan Inter-faith Commssion (IFC), serta desakan kumpulan "Artikel 11" yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.


Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga bersekongkol dengan gagasan Inter-Faith Commission (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu dan Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin dan sekutu pemimpin-pemimpin negara yang Beragama Islam.

 

Kes Lina Joy adalah percubaan yang boleh memberikan kesan yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

 

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu dan sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan banyak permohonan untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.


Kes ini menjadi perhatian penuh organisasi dan individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan tekanan yang besar ke atas hakim dan sistem perundangan negara yang amat lemah untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

 

Sebagai contoh, The Becket Fund for Religious Liberty (www.becketfund.com) menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi ini menjadi salah satu dalang yang membela permohonan murtad ini dan bersama-sama pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia yang mendokong usaha menyerang Islam dan didukung oleh pelbagai NGO hak asasi manusia, serta segelintir pemimpin dan parti politik di Malaysia.

 

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi tekanan kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya Majlis Peguam (Bar Council), Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha dan Sikh, National Council of Women Organization, All Women Action Society, Sisters in Islam, Women Health Organization, Women Council of Change, Women Development for Change, Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram).

 

TINDAKAN PENUBUHAN PEMBELA

 

Pada waktu tersebut, memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui untuk diusahakan secepat mungkin adalah;

 

Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan bantahan kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa ahli jawatankuasa eksekutif untuk menyokong kes Lina Joy secara terbuka;

 

Isu secara langsung menunjukkan seolahnya Majlis Peguam menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan, sedangkan tidak pernah mendapat mandat tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik. Untuk rekod, ahli-ahli daripada kalangan peguam Muslim membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan keahlian Majlis Peguam.

 

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani pelbagai pertubuhan NGO Hak Asasi Manusia/bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

 

Mesyuarat tersebut juga telah membuat keputusan untuk mendesak suatu mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam diadakan untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

 

Mesyuarat tersebut juga telah melantik beberapa ahli jawatankuasa, serta mengusulkan supaya suatu gabungan NGO Islam yang lebih besar dan merangkumi sebanyak mungkin NGO Islam di Malaysia dari segenap lapisan masyarakat diwujudkan. Pertemuan selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan telah diadakan pada. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM di Jalan Gombak untuk merangka pelan strategi oleh seluruh NGO dan organisasi Muslim dan Malaysia. Pada pertemuan tersebut, lebih dari 70 organisasi Islam Bukan Kerajaan telah sepakat menubuhkan PEMBELA sebagai salah satu gabungan NGO Islam yang khusus untuk menangani masalah murtad serta lain-lain cabaran yang dihadapi umat Islam di Malaysia.

 

Diantara tindakan-tindakan yang telah diadakan oleh PEMBELA bagi menangani isu tersebut ialah mewujudkan satu laman web menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. Suatu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

 

Forum Shariah dan Isu Semasa yang dianjurkan PEMBELA telah berlangsung pada 23-Julai-2006 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur dan mendapat sambutan luar dugaan dan melebihi ruang dewan yang disediakan oleh pihak penganjur. Forum tersebut telah menggagaskan resolusi berikut:

 

Kami, yang berkumpul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada hari ini untuk membincangkan cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di Negara ini menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung di sebalik nama Kumpulan sekular ini tidak mendapat sokongan bagi membawa agendanya di kalangan besar masyarakat Malaysia, perjuangan mempertahankan hak-hak asasi.

 

Usaha-usaha ini merupakan satu langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusan tahun lalu di mana Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu dan masyarakat di negara kita. Kami juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti umat Islam

 

Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negara yang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenang dalam negara kita. Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka. Menyedari hakikat ini maka kami yang berkumpul di Masjid Wilayah untuk Forum Syariah dan Cabaran Semasa pada 23 Julai 2006 bersetuju dengan resolusi berikut:

 

  1. Kedudukan istimewa Islam merupakan elemen penting dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Ia turut merupakan hak asasi umat Islam di negara ini. Jika dasar ini diganggu-gugat ia mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif dalam masyarakat. Oleh itu, formula yang sedia ada dan sudah terbukti mengekalkan kesejahteraan bersama ini, harus dipertegaskan dan diterima oleh semua pihak, Islam dan bukan Islam.

 

  1. Semua peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang berkaitan dengan Islam perlu diperkukuhkan untuk menutup semua ruang usaha untuk menggunakan saluran mahkamah bagi melemahkan kedudukan Islam.

 

  1. Seluruh umat Islam perlu menyatukan suara, sikap dan tindakan dalam mempertahankan kedudukan Islam yang sedang diancam.

 

  1. Setiap ancaman terhadap Islam adalah bermakna ancaman terhadap martabat dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di setiap negeri dan terhadap kewibawaan institusi-institusi Islam.

 

  1. Menuntut agar dihentikan segera semua percubaan usaha merombak dan menghakis kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan Islam harus disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berautoriti. Pendekatan konfrontasi melalui roadshow (majlis penerangan ) dan pertikaian mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan dan mengancam ketenteraman masyarakat.

 

  1. Kita menuntut media aliran perdana mengambil pendirian tegas dan tidak berpihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan tidak mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi. Kita menuntut pihak media memberi ruang kepada pihak Islam untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak lagi meminggirkan suara arus perdana (mainstream) Islam. Media aliran perdana mestilah bersikap professional dan beretika di dalam lapuran dan analisa mereka mengenai Islam.

 

  1. Hak dan kebebasan beragama perlu difahami dalam ruanglingkup Islam, bukannya mengikut kecenderungan individu. Fahaman kebebasan dan hak asasi acuan sekular-liberal adalah bercanggah dengan ajaran Islam serta agama-agama lain.

 

  1. Semua Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) hendaklah meluluskan segera enakmen/akta yang menghalang dakyah bukan Islam kepada umat Islam dan pihak berkuasa hendaklah melaksanakan enakmen/akta berkenaan dengan segera.

 

  1. Kerajaan hendaklah menetapkan pendirian untuk menolak usaha-usaha barat dan badanbadan bukan kerajaan yang bersekongkol dan menggunakan NGO tempatan, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan untuk mempengaruhi polisi dan undang-undang berkaitan orang Islam.

 

  1. Ada di kalangan pemimpin Muslim yang menyuarakan pandangan yang menyokong kelompok yang mengatakan amalan Islam adalah hak individu dan undang-undang moral tidak harus dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan seperti ini amatlah dikesali kerana undang-undang moral di dalam Islam di Malaysia telah merupakan intipati kepada undang-undang di Semenanjung Malaysia jauh lebih dahulu sebelum kedatangan penjajah-penjajah.

 

  1. Majlis Peguam Malaysia yang mewakili lebih 12,000 peguam di Semenanjung telah mengambil pendirian berpihak tanpa mengambilkira pandangan peguam Islam yang membentuk lebih dari 40 peratus dari jumlah keseluruhan peguam. Majlis Peguam Malaysia atas nama hak asasi manusia telah mencampuri urusan agama Islam dan ini bertentangan dengan matlamat Majlis Peguam ditubuhkan dan kita menuntut Majlis Peguam sebagai penjaga kedaulatan undang mematuhi undang-undang negara ini.

 

Susulan Forum tersebut dan pelbagai kempen di masjid dan surau, jabatan-jabatan kerajaan, institusi-institusi pendidikan dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat Muslim di Malaysia, PEMBELA juga telah berjaya mengumpulkan lebih setengah juta tandatangan umat Islam untuk membantah sebarang percubaan untuk merendahkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui kes-kes di Mahkamah Sivil. Memorandum beserta tandatangan tersebut di serahkan kepada Majlis Raja-raja melalui pejabat Penympan Mohon Besar Raja-Raja. Tandatangan yang dikepil dalam salinan beberapa jilid buku bertajuk 'Tandatangan Sokongan Rakyat Mempertahan Kesucian Islam' itu diserah oleh Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA merangkap Presiden ABIM ketika itu, kepada wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Dato' Sabtu Awab di pejabatnya jam 11.00 pada 29 September 2006. Turut hadir ialah, Setiausaha Agung ABIM, Khairul Arifin Mohd Munir; Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Dato' Mustapha Ma; Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Hj. Zainur Rijal Abu Bakar; Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah, Anuar Tahir, Wakil Peguam Pembela Islam (PPI), Kamar Ainiah Kamaruzzaman serta lain-lain pimpinan NGO Islam.

 

Saya perlu tegaskan di dalam tulisan ini bahawa PEMBELA tidak didalangi sebarang kepentingan, khususnya yang bersifat politik kepartaian. Rentetan sejarah dan umat Islam menjadi saksi pada hakikat ini. Pelbagai perkembangan telah berlaku hingga ke saat ini, yang menzahirkan keperluan untuk kembali memanfaatkan peranan PEMBELA di dalam perjuangan mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kes Lina Joy, walaupun telah memihak pada kepentingan umat Islam, hanya merupakan sekelumit dari cabaran-cabaran yang wujud sebagai ancaman yang menggugat aqidah umat Islam. Saya bersetuju dengan tulisan Hj. Zainur Rijal, bahawa umat Islam perlu diberi kesedaran terhadap ancaman dan bahaya yang terbit daripada kekeliruan mereka menyebarkan fahaman merosakkan ajaran Islam ditunjangi ajaran liberalisme, pluralisme, sekularisme dan literalisme agama sama ada melalui individu tertentu ataupun organisasi. Apatah lagi, kita melihat kecenderungan sesetengah NGO Islam untuk tidak membuat pendirian jelas mengenai isu-isu serius dan besar melibatkan aqidah umat Islam akhir-akhir ini. Tidak pasti samaada mereka ini khayal diulit dengan nostalgia lampau, atau terlalu mendewa-dewakan bekas pemimpin mereka yang kini saban hari mengimpikan tampuk kekuasaan politik, sehinggakan sebarang teguran berkaitan isu ancaman aqidah umat dipandang sebagai tidak beradab. Yang pasti, pihak NGO Islam perlu sedar bahawa perjuangan mempertahankan aqidah umat Islam ini pada hakikatnya sentiasa berdepan dengan mereka yang buta hati terhadap realiti sebenar perjuangan islam.

 

Sejajar dengan hasrat teman-teman lain yang memimpin NGO-NGO Islam, adalah menjadi harapan saya agar PEMBELA ini dapat dijadikan gagasan penengah (wasit) yang berwibawa yang dapat bertindak sebagaimana yang dinukilkan Hj. Zainur Rijal, sebagai "perantara pada pelbagai permasalahan wujud dalam kalangan umat Islam bagi mengukuhkan panji ahlul sunnah wal jamaah dalam akidah, syariah dan akhlak."

 

 

26 Januari 2011

 

Azril Mohd Amin ialah Naib Presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI).




--
Rgds
Rahim Osman
012-4948591
http://www.galeriherba.com
http://rahimosman.cancerhelpstyp.click2sell.eu
http://www.stormreaders.net/rahimosman

__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

Sunday, January 30, 2011

Malaysia, Dijajah atau Jadi Penguasa?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thu, 27 Jan 2011 19:57:01 +0800
To: SIM<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] INFO : Malaysia, Dijajah atau Jadi Penguasa?

 

Ilustrasi bendera Indonesia-Malaysia (Foto: Ist)

PALEMBANG - "Sumatra itu milik Malaysia," kata Mohd Am, admin pada Malaysia Forum, sejak 12 Desember lalu. Mungkin ya inilah jadinya kalau bekas bangsa terjajah mengklaim diri sebagai penguasa.

Klaimnya berbunyi seperti ini:

Kerajaan Johor berjaya mengembangkan ekonominya dan menjadi kuasa politik terpenting sesuai dengan lokasinya di laluan perdagangan timur-barat. Di zaman kegemilangan Johor, negeri ini pernah menjadi sebuah empayar besar yang mana kekuasaannya mewarisi sebahagian jajahan takluk Melaka. Empayar Johor termasuklah sampai ke Terengganu di semenanjung, kepulauan Riau-Lingga dan sebahagian pantai timur Sumatera. Bagaimanapun, Johor gagal membebaskan Melaka biarpun telah berperang dengan Portugis selama 130 tahun sepanjang penjajah itu menguasai Selat Melaka.

Sedangkan, simpulnya, sebagai berikut:

Berdasarkan fakta historik ini adalah jelas bahwa Riau-Lingga dan sebahagian besar Sumatera itu adalah Jajahan Johor.. itu Malaysia sekarang.. Jadi sumatera itu harus balik kepada asalnya iaitu termasuk dalam provinsi Johor Malaysia..tetapi penjanjian inggeris-belanda telah memecahkan kawasan jajahan Johor iaitu Riau-Lingga dan sebahagian besar Sumatera.. Sekian terima kasih.

Percobaan mengklaim sejarah yang dilakukan melalui Malaysia Forum dengan trend topic yang memuat sebanyak


11.338 komentar hingga traffic pada pukul 14.30 WIB Kamis (27/1/2011) itu sama sekali tidak dapat dibenarkan. Apa pasalnya?

"Karena pada abad ke-16, sejak 1511 Malaka dikuasai Portugis, pada saat itu kedudukan penguasa lokal di kawasan yang sekarang dikenal sebagai Malaysia termasuk Malaka dan Johor berposisi setara dengan wilayah-wilayah lain di Sumatra dan sekitarnya termasuk Riau dan Lingga," kata Kemas Ari, Sekretaris Masyarakat Sejarah Indonesia (MSI) Sumatra Selatan (Sumsel) saat dihubungi okezone di Palembang, Kamis (27/1/2011).

Dijelaskan, peranan penting pada abad 16 hingga 17 di sekitar semenanjung Malaya justru dimainkan Kerajaan Aceh yang tidak pernah takluk kepada Portugis. "Kesetaraan itu juga akibat politik dari sikap Kerajaan Aceh yang menguasai Selat Malaka, tetapi tidak mau menjajah kawasan-kawasan di sekitarnya termasuk," tanggap Kemas.

Jadi, bagaimana klaim bahwa Sumatra itu milik Malaysia? "Bagaimana mengklaim kepemilikan Sumatra sementara Malaka saja diduduki Portugis. Saat itu mereka dijajah atau jadi penguasa?!" jawab Ari memungkas pertanyaan.

http://news.okezone.com/read/2011/01/27/340/418645/malaysia-dijajah-atau-jadi-penguasa

__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

Mesir Bergejolak, Keluarga Mubarak Lari ke Inggris

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Is Mael <bau.duit@yahoo.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thu, 27 Jan 2011 06:30:37 -0800 (PST)
To: <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: Re: [sim] INFO : Mesir Bergejolak, Keluarga Mubarak Lari ke Inggris

 

Salam,
Maaf celahan saya ini manganggu emosi pembaca. Saban hari kita didendangkan lagu pembebasan kuasa oleh rakyat, terbaru adalah Mesir yang sebelum ini sangat aman dan damai sehinggakan pembangunan sangat pesat yang telah dihidangkan oleh pemimpin mereka.

Jika, dikaji dari sudut pembangunan rasanya tak perlu pemberontakan semata -mata bertujuan menukar pemerintahan untuk kepada kebebasan dilakukan oleh rakyat kan? Alasan, sifir atau fomula sangat mudah iaitu semua sudah ada buat apa susah-susah memberontak yang banyak kerosakan berlaku dari kebaikan. Misalnya kehilangan pekerjaan, kerosakan harta benda dan sebagainya.

Ah...! itu di negara sedang membangun memang begitu perangai mereka, sikit-sikit memberontak untuk tukar


kerajaan. OK! saya bagi contoh negara maju plak seperti Jepun yang terkenal taat setia mereka. Parti LDP memerintah selama 40 tahun telah memghidangkan pembangunan yang sangat pesat sehingga di cemburui oleh Negara-negara barat rakyatnya berani menukar pemerintahan gak...! 

Di Malaysia cuacanya sangat berbeza yang mana orang melayu diajar sopan santun dan hormat-menghormati antara satu sama lain sehingga sangat takut untuk mencuba sesuatu lebih-lebih lagi untuk menukar pentadbiran negara. Mungkin desebabkan itulah Allah tempatkan orang Melayu jauh dari Isreal. Sebab apa? sebab saya pernah mendengar ceramah dari ustaz yang mengatakan memang sengaja Allah jadikan orang Plastin satu-satunya bangsa yang berani melawan bangsa Israel tadi.

Justeru, Orang melayu sangat takut menukar pemerintahan negara walaupun banyak bukti penyelewangan, rasuah, keronisma dan lain-lain diketengahkan yang boleh menyumbang keruntuhan sesebuah negara tersebut, itu janji Allah bukan saya. Contohnya: Jika kekayaan sesebuah negara berkitar dikalangan mereka, tunggulah kehancuranya.(salah satu dari 15 perkara). Nampaknya Orang melayu Islam semacam buat tak tahu aje atau langsung tak tahu.   

Di awal saya ada menyebut cuaca di Malaysia sangat berbeza di mana kita menggunakan saluran pilihanraya untuk menentukan kerajaan memerintah maknanya jika sesebuah parti dapat undi 2/3 di perlimen sudah dapat memerintah dan mementukan corak pemerintahan ala kita sebenar. Itu pun rakyat masih takut menukar kerajaan. Kalau orang Melayu berani dan bijak saya rasa banyak kali merasai perbezaan dalam pemerintahan sejak 1959, dan dari situ kita dapat mengenal parti mana yang ikhlas dan berlandaskan kepada suruhan Allah.

Sekarang kita sudah ada tawaran yang sungguh berani, bernas dan prektikal dari parti yang memenangi 4 buah negeri dengan terbitnya "BUKU JINGGA". Mereka juga berani untuk memperdebatkan dipentas terbuka. Kalau dikaji dari sudut logik untuk menentukan kebenaran dakwaan yang berasas adalah keberanian membincangkanya. Jika tak berani itu adalah penipu. Contoh: Ada seseorang untuk menawarkan peluang kepada kita dan berjanji untuk berjumpa di satu tempat, maka kita tunggu beliau berjam-jam akhirnya kita menyedari kita ditipu. Adakah kita percaya dengan beliau? sudah tentu tidak? Faham maksud saya kan?

Maksud saya lebih baik kita tinggalkan kepada mereka yang penipu dan takut. Jika kita masih mempertahankan penipu dan penakut untuk memimpin kita ditakuti kita akan ditipu berterusan. Saya masih ingat ingatan dari Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi " Sesiapa yang dipatuk dek ular dua kali di tempat yang sama, di lubang yang sama dan oleh ular yang sama, bodoh namanya" 

Oleh itu marilah kita sama-sama beralih corak pemerintahan untuk mencari yang lebih elok lagi. Saya masih teringat dari kata pakar motivasi Dato' Fazilah Kamsah berbunyi "kalau kita sakit tetapi tidak berusaha untuk bertanya mencari ubat, ubat tak kan datang" Kata-kata tersebut adalah betul. Contohnya: Minggu lepas saya sakit kaki, dan saya bertanya orang untuk mendapatkan tempat urut yang terbaik. Alahamdulillah saya bertanya pada orang memang pandai urut. Apa takut lagi? Satu lagi ingatan Allah kepada kita " Wahai orang-orang beriman, pilihlah pemimpin yang elok dikalangan kamu" bayangkan di kalangan orang beriman pun ada lagi yang terbaik.

Faham tak maksud orang beriman? Maksudnya adalah kami dengar (perintah Allah) dan kami patuh (perintah Allah tanpa banyak soal). Bukan kami dengar, kami kaji.

 

Have an awesome day
Ismail Hj Ramli.

010-546 4656

http://www.myamazinglove.com

http://to-be-on-top.com/1666 




From: "woodkayu@gmail.com" <woodkayu@gmail.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Thu, January 27, 2011 7:48:06 PM
Subject: Re: [sim] INFO : Mesir Bergejolak, Keluarga Mubarak Lari ke Inggris

 

Ini kejayaan ARDA yang ingin reform. Malaysia ada Tian Chua dan Elizabeth Wong dan berusaha ke arah itu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thu, 27 Jan 2011 19:23:45 +0800
To: SIM<sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] INFO : Mesir Bergejolak, Keluarga Mubarak Lari ke Inggris

 


 










Menyusul aksi protes masyarakat yang semakin meluas terhadap pemerintahan Presiden Mesir Hosni Mubarak, berbagai laporan menyebutkan bahwa para anggota keluarga Mubarak memutuskan untuk segera melarikan diri. 

INN mengutip keterangan International Bussiness Times (26/1) melaporkan, sejumlah laporan menyebutkan bahwa Susan Mubarak, istri Presiden Mesir, telah meninggalkan negaranya menuju London.

Berdasarkan laporan tersebut, para pegawai bandara internasional Heathrow , London, asal Mesir, langsung mengenali istri Mubarak. Pada saat yang sama, koran Times terbitan New Delhi dalam edisi terbarunya (26/1), juga menurunkan laporan bahwa Gamal Mubarak, putra Presiden Mesir, yang menurut rencana akan menggantikan jabatan ayahnya itu, telah meninggalkan Kairo menuju London.

Sebagaimana diketahui, ribuan warga Mesir Selasa 25 Januari menggelar demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan kota Kairo menuntut reformasi politik dan ekonomi. Mereka juga mendesak turunnya Mubarak dari kekuasaan.


Selain di Kairo, sejumlah kota-kota lainnya seperti Mansoura, Tanta, Aswan, Asyut juga menjadi ajang demonstrasi massa.

Dilaporkan bahwa sejumlah demonstran dan beberapa wartawan ditahan aparat. Mesir dan kawasan Timur Tengah ikut bergejolak menyusul hal serupa di Tunisia yang ikut menjatuhkan Presiden Ben Ali.

Mohammad ElBaredei, seorang tokoh oposisi paling menonjol mengecam keras kekerasan aparat pada demonstran. Ia menilai, Mubarak telah bertindak layaknya raja di negara ini. Selanjutnya, ElBaradei menginginkan adanya reformasi dan demokrasi yang benar di Mesir. Dia bahkan memuji gerakan rakyat Mesir untuk mencontoh rakyat Tunisia dalam revolusi yang menumbangkan kekuasaan Zine el Abidine Ben Ali. *  IRB/PTV

http://www.hidayatullah.com/read/15015/27/01/2011/mesir-bergejolak,-keluarga-mubarak-lari-ke-inggris-.html


__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___